


Berita Sekolah
PROGRAM AKU JANJI & PENETAPAN TARGET SPM 2025
Hari: Sabtu Tarikh: 26 April 2025 Masa: 7.45 pagi - 12.30 tengahari Tempat: Dataran Seri D'Utama & Kelas Tingkatan 5
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-23
Hari: Sabtu Tarikh: 26 April 2025 Masa: 7.45 pagi - 12.30 tengahari Tempat: Dataran Seri D'Utama
PROGRAM SAMBUTAN MUHIBAH RAYA 2025
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
Hari: Jumaat & Sabtu Tarikh: 11 & 12 April 2025 Tempat: Dataran Seri D'Utama Objektif Program: 1. Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan. 2. Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. 3. Mewujudkan kumpulan...
PROGRAM BULAN AKADEMIK 2025
Tema: Melonjak Potensi, Merealisasi Impian Tempoh Pelaksanaan: 7 April - 25 April 2025 Bidang Terlibat: Bahasa, Sains & Matematik, Teknik & Vokasional
KEJOHANAN KUSeS RUN 2025
Hari: Jumaat Tarikh: 28 Februari 2025 Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Barisan Pentadbir
Lensa Pengetua
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyampaikan sepatah dua kata untuk Laman Web SMK Kajang Utama.
Laman web ini diharap dapat memberikan gambaran bukan sahaja kepada para pendidik dan murid tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini bertujuan agar mereka memahami matlamat pendidikan bukan sahaja untuk kecemerlangan akademik malah melibatkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sejajar dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025).
Kecemerlangan akademik dan kokurikulum dapat dicapai dengan adanya kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak. Disiplin yang mantap serta didikan agama secara berterusan mampu melahirkan modal insan yang mampu menerima cabaran untuk mencapai kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan dan sahsiah yang mulia serta terpuji sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Negara.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. Insyaallah.
Akhir kalam, saya mengucapkan tahniah kepada AJK Laman Web SMK Kajang Utama atas kejayaan menghasilkan laman web ini. Kejayaan ini melambangkan daya usaha dan kerjasama setiap warga sekolah.
Pengetua SMK Kajang Utama
Salim bin Zainudin@Jantan

Salim bin Zainudin@Jantan
PENGETUA

Afidah binti Daud
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Tunku Hamidah binti Tunku Ahmad
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Rosnah binti Othman
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Nor Intan binti Ismail
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

Mohd Faisal bin Md Isa
PENOLONG KANAN PETANG

Siti Qalila binti Mohd Tap
GURU KANAN SAINS & MATEMATIK

Norhidayati binti Jalil
GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL

Siti Salha binti Md Hashim
GURU KANAN BAHASA

Roslan bin Abd Razak
GURU KANAN KEMANUSIAAN
Pautan Aplikasi
Logo Sekolah
Lambang Buku Akademik
Lambang buku akademik bermaksud kecemerlangan dalam bidang akademik
Lambang Gelung
Lambang gelung bermaksud kecemerlangan dalam bidang kokurikulum
Lambang Dua Lekuk
lambang bentuk dua lekuk bermaksud cabaran dan dugaan

Lambang Riben
lambang riben bermaksud kejayaan
Motto Sekolah
“KUSES NAMAMU DI MERCU SUKSES”
Lagu Sekolah
Sekolah Menengah Kajang Utama
Kau yang ku cinta Sehati Sejiwa semua warganya
Moga Berjaya
Tak mungkin kami Berundur demimu Kaulah yang unggul
Berilmu, beriman serta beramal Panduan kita
Setiap langkah, setiap kata Akan kami kotakan
Agar berjaya Sentiasa maju
Demi sekolahku
Bergerak gagah Menuju wawasan Kita berjuang
Mencapai cita-cita dan wawasan Moga gemilang
Bergerak gagah Menuju wawasan Kita berjuang
Mencapai cita-cita dan wawasan Moga gemilang
Pencipta: Pn. Khairiah bt Ab Karim

Sejarah SMK Kajang Utama
SMK Kajang Utama telah mula beroperasi pada 1 Disember 2002 dan dibuka pada 3 Januari 2003. Takpak asalnya merupakan sebuah kolam lombong. Pada peringkat awal penubuhannya, hanya ada lima kelas Tingkatan 1 iaitu seramai 96 orang murid dan 23 orang guru. Seorang kakitangan pejabat iaitu Encik Maria Ambrose a/l M. A. Gorge membantu dalam pengurusan pejabat, bersama Penolong Kanan Datin Azmah binti Abdul Aziz, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Khairiah binti Abdul Karim dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum iaitu Puan Rosdiana binti Mahmud telah mengurus perjalanan sekolah ketika itu
Pada bulan Febuari 2003, dua buah kelas Tingkatan 2 telah dibuka apabila murid-murid sesi sekolah berdekatan dan beralamat di Kajang Utama dipindahkan ke sekolah ini. Pada tahun yang sama juga, empat kelas Tingkatan 6 telah diwujudkan. Pada Mac 2004, Puan Hidayah binti Mokhtar telah mendaftar sebagai pengetua pertama di sekolah ini.
Sehingga Januari 2007, sepuluh kelas Tingkatan 1 termasuk satu kelas Rancangan Khas, lima kelas Tingkatan 2, limat kelas Tingkatan 3, empat kelas Tingkatan 4, empat kelas Tingkatan 5 dan dua kelas Tingkatan 6 Atas telah diwujudkan dan enrolmen murid iailah sebanyak 826 orang. Mulai tahun 2007 juga telah wujud empat kelas Pendidikan Khas dan satu kelas murid cacat penglihatan. Jumlah guru pula berjumlah 78 orang dan jumlah kakitangan sokongan ialah seramai 11 orang
Visi & Misi Kami
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
VISI SEKOLAH
MISI KPM
MISI SEKOLAH
Orang Murid
Orang Guru
Aliran Perdana
PPKI
SMK Kajang Utama
Hubungi Kami
TAMAN KAJANG UTAMA,
43000 KAJANG,SELANGOR