Ucapan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza buat semua anak-anak syurga Seri Firdausi D’ Utama bersempena Majlis Iftar Seindah Kasih Ramadan

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kajang Utama dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Ibubapa PPKI telah menganjurkan Majlis Iftar Seindah Kasih Ramadan pada 22/4/22 bertempat di Lake House Restaurant, Bangi.

Seramai 50 org murid PPKI dan 80 org termasuk warga Kuses dan juga ibu bapa telah menghadiri majlis tersebut.

Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada Dato Sri Khalid Mohd Jiwa-Chairman CTDK Holdings, Dato Sri Siti Nurhaliza-President
CTDK Holdings, Pn Nur Nabilah Nazib- Director Sugardollbynn selaku penyumbang utama bagi Majlis Seindah Kasih Ramadan.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pihak penganjur dan barisan AJK yang sama-sama berganding bahu menjayakan Majlis Seindah Kasih Ramadan.

Semoga segala usaha murni ini mendapat sebaik-baik ganjaran di sisiNya.Aamiin Ya Robbal’alamiiiin…