Hari: Rabu

Tarikh: 17/4/2024

Tempat: Dataran Seri D’Utama

Masa: 2.30 petang

Objektif Program:

•Meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

•Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam mengumpul minyak masak terpakai, katridge, sisa makanan dan sisa pepejal dari rumah.

•Melahirkan murid yang mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian.

•Melahirkan murid yang peka kepada persekitaran dan perubahan persekitaran masa hadapan.

•Memupuk sikap positif terhadap pengurangan penggunaan bekas makanan dan minuman plastik dalam kawasan sekolah.

•Melahirkan insan yang berkualiti dan bersahsiah terpuji serta mampu menyumbang khidmat sosial kepada negara dan masyarakat dalam merealisasikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.