Hari: Jumaat – Ahad

Tarikh: 8-10 September 2023

Tempat: Kem Eko Komanwel Rawang

Objektif Program:

i. Selepas menyertai perkhemahan ini peserta dapat membuka sebahagian minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk bergerak ke depan.

ii. Memaparkan, menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Di dalam kata lain, melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.

iii. Menanam rasa bersyukur pada sepanjang masa di samping menyuntik pengetahuan berguna bagi meneguhkan lagi nilai hidup yang mulia secara halus bagi setiap peserta.

iv. Menyuntik setitik ilmu bagi membentuk satu generasi yang diharap kebal terhadap segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa membelakangi hala tuju.

v. Mengetengahkan ciri kepimpinan pelajar dan mengilap potensi diri yang ada.

Aktiviti yang dijalankan:

i. Ice breaking

ii. Pertandingan kawad kaki

iii. Permainan rakyat

iv. Ikhtiar hidup

v. Qiamulai

vi. Malam Apresiasi Seni