Hari: Sabtu

Tarikh: 23 September 2023

Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Kawasan SMK Kajang Utama

Objektif Program:

i. Meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
ii. Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui pelbagai agensi
awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
iii. Memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat.
iv. Membudayakan amalan gotong royong dalam kalangan warga sekolah (murid, Guru
dan anggota khidmat pengurusan).
v. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama,
bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin.