“Alhamdulillah
Sekolah kita telah menjadi pemenang keseluruhan dalam kolokium amalan terbaik peringkat sekolah menengah daerah Hulu Langat. Terima kasih atas sokongan dan doa semua guru dan warga sekolah. Semoga kita akan bersedia dengan lebih baik pada tahun ini dan saya berharap semua guru bersedia berkongsi amalan terbaik masing masing untuk kita ketengahkan. Tahniah kepada dua orang guru yang menjadi tunjang kejayaan iaitu cikgu Nik Nur Rahayu dan Cikgu Raihana. Semoga tahun ini akan ada guru yang tampil dengan amalan terbaik yang lebih hebat. Tahniah KUSeS.” ucapan Tuan Mohamad Hanafiah Bin Baharuddin , Pengetua SMK Kajang Utama