Kemuncak Kejohanan Olahraga kali ke-19 telah berlangsung pada 6 Julai 2022 di Stadium UKM. Muhammad Abid Absyar bin Mohammad Abiddin dari rumah Zamrud telah dipilih sebagai olahragawan, manakala Thivyah A/P Ramesh dari rumah Mutiara terpilih sebagai olahragawati. Bagi olahragawan harapan lelaki dan perempuan telah diungguli oleh atlet rumah Delima iaitu, Muhammad Aliff Hakimi bin Ariff dan Nur Ardini Syazwani binti Marzuki. Bagi acara perbarisan pula, rumah Delima telah membolot johan perbarisan dan maskot, Pasukan Kadet Remaja Sekolah pula telah mendapat Johan bagi kategori unit beruniform. Dengan pungutan mata tertinggi sepanjang kejohanan, rumah Delima telah dinobatkan juara keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga tahun ini.